Sunday, 1 April 2012

Ringkasan Bab 9 : Kaedah Penyelesaian Masalah (Sains, Pemikiran dan Etika Group F)

Setiap manusia itu mempunyai masalah yang tersendiri, cuma pendekatan setiap individu untuk menanganinya mungkin berbeza.

Sifat Penyelesaian Masalah

Menurut Francis (1990), sekurang-kurangnya ada empat ciri penting dalam individu yang menjadikan seorang itu penyelesai masalah yang berkesan. 
  • mempunyai motivasi yang kuat
  • Trait yang positif
  • Jati diri
  • Membina kemahiran

Kategori Masalah

  • misteri
  • tugasan (assignment)
  • kesukaran (difficulty)
  • peluang (opportunity)
  • ''puzzles''
  • dilema.

Model Penyelesaian Masalah Secara Saintifik dan Logik 

Langkah 1 : Mendefinisikan masalah
Langkah 2 : Mengkelaskan Masalah
Langkah 3 : Tentukan Objektif
Langkah 4 : Tentukan Ukuran Kejayaan
Langkah 5 : Kutipan Data
Lanhkah 6 : Membuat Keputusan
Langkah 7 : Melaksanakan Keputusan Yang Diambil

Penyelesaian Secara Saintifik

Penyelesaian secara sintifik melibatkan proses yang lebih teratur dan bersifat empirikal. Antara proses-proses penyelesaian masalah adalah seperti berikut:
  1. mengadakan hipotesis 
  2. mengumpul maklumat
  3. membuat kesimpulan

Penyelesaian Secara Kreatif / Lateral

Menyelesaikan masalah secara kreatif atau lateral mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
  • ia tidak bersifat kritikal. penyelesaian ini lebih suka menunda penilaian kerana mempertimbangkan idea-idea penting tanpa mempedulikan sama ada ia betul atau salah.
  • ia tidak bersifat analitikal mencipta penyelesaian yang dianggap lebih membawa keuntungan.
  • ia lebih bersifat generatif dan inovatif untuk menerbitkan perubah-perubahan tanpa diikat oleh logik sebab dan akibat.

Penyelesaian Melalui Perasaan

Menurut Salovey, kecerdasan emosi mengandungi lima domain utama :
  • kebolehan mengetahui emosi sendiri
  • kebolehan dalam pengurusan emosi
  • kebolehan meningkatkan motivasi
  • kebolehan mengenal emosi orang lain
  • kebolehan menjalin persaudaraan
Kebolehan-kebolehan seperti ini tidak dimiliki oleh semua orang. Namun penting sekali jika seseorang individu itu memiliki setiap kebolehan dan kemahiran tersebut melalui proses latihan dan pengalamannya dalam menghadapi masalah-masalah tertentu dalam kehidupannya.

Penyelesaian Secara Islam

Pendekatan Hukum

Pendekatan hukum dalam penyelesaian masalah merupakan bentuk pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual. Pada umumnya, ciri-ciri syariat Islam adalahseperti berikut :
  • Rabbani (ketuhanan)
  • Alamiah (universal)
  • Syumul (menyeluruh)
  • Wasatiyyah (seimbang)   

Pendekatan Sufi

Pendekatan bersifat moral dan spiritual. Pedekatan sufi dilihat lebih lembut daripada pendekatan bersifat hukum. Kaedah penyelesaian masalah menurut pendekatan sufi adalah berasaskan proses tazkiyyah an-nafs yang melibatkan 2 dimensi iaitu 

  • Dimensi horizontal
  • Dimensi Vertikal


Makan dalam. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...